Wednesday, January 30, 2013

Friday, August 03, 2012

Design terbaru daripada AiDEAR Buai Berendoi

Ini merupakan design terbaru AiDEAR Buai Berendoi khusus untuk si manja anda. Abadikan kenangan Majlis Cukur Jambul anda bersama rekaan buaian daripada kami. Ringkas tetapi menarik dan yang paling penting adalah ekonomi untuk anda...Kami menawarkan pakej-pakej dengan harga yang menarik dan insyaAllah akan memuaskan hati anda... Lawati Facebook AiDEAR Buai Berendoi untuk keterangan lanjut atau hubungi terus Pn.Hidayah di talian 012-6522184 untuk booking tarikh anda...






Wednesday, July 18, 2012

Kami dalam proses berpindah....

Kami dalam proses berpindah ke blog baru kami... Update terkini akan dipaparkan di dalam blog yang baru dan juga di dalam halaman Facebook kami... Harap maklum...

Klik pada banner di bawah untuk ke pautan blog baru kami... Terima Kasih...




Tuesday, April 03, 2012

Kebaikan Cukur Jambul

"Elok Cukur Jambul"

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
Berita Harian
Selasa, 18/10/2011


Membotakkan kepala bayi galak rambut sihat

"SUDAH buat majlis bercukur rambut ke belum?" Lontaran pertanyaan itu biasa ditanya apabila melihatkan bayi yang lebat rambutnya kepada ibu atau bapa muda yang mungkin pada perkiraan mereka belum matang atau mengambil mudah soal majlis kenduri cukur jambul.

Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan Islam. Rasulullah SAW bersabda: “Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan supaya rambut yang baru dan lebih sihat tumbuh.

Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan serta sunat dilakukan. Begitupun ramai ibu bapa zaman ini terlalu sayangkan rambut daripada kesihatan anak mereka.

Sudut sains melihat, membuang membotakkan kepala bayi terbukti baik. Mencukur rambut bayi tidak terhad kepada orang Islam, sebaliknya turut dilakukan tanpa mengira kaum.

Akar rambut terbentuk sejak janin berusia sekitar lapan minggu dan terus berkembang hingga lahir.
Rambut pertama ini diistilahkan dengan velus, terlalu halus hingga sukar dilihat dan disentuh, ia boleh gugur dengan sendirinya tetapi selalunya keguguran itu tidak cantik sebab tidak rata. Orang Melayu menggelarnya ‘cukur bantal’.

Bagi yang pertama kali mencuba untuk mencukur rambut bayi. Ada baiknya ia dilakukan ketika ia sedang tidur mengurangkan bayi bergerak, selain mengelakkan luka bahagian berkenaan.

Caranya dilakukan agak mudah seperti sebelah tangan memegang gunting, sementara sebelah lagi memegang rambut lalu dipotong. Lebih baik rambut bayi itu dibasahkan sedikit kerana lebih mudah untuk digunting. Kalau tidak yakin, minta bantuan orang lain melakukannya.

Gunting rambut hingga bahagian hujung. Untuk membersihkan lagi sisa rambut itu, gunakan alat cukur rambut yang masih baru. Regangkan lipatan kulit kepala dengan jari telunjuk dan jari tengah, kemudian cukur.

Teknik mencukur perlu dilakukan dengan perlahan dan teliti bagi memastikan cukuran itu tidak melukai kepalanya.

Sekiranya sepanjang proses berkenaan kepalanya terluka, beri ubat antiseptik, bagaimana sekiranya membabitkan luka yang besar, segera rujuk kepada doktor.

Kepala bayi harus terus dipelihara kebersihannya. Kekotoran atas kepala bayi digelar ‘cradle cap’ perlu dihindari dengan melumurkan sedikit minyak zaitun. Biarkan kira-kira lima minit sebelum dibuang menggunakan sikat.

‘Cradle cap’ terjadi akibat meningkatnya aktiviti kelenjar di samping pengaruh hormon androgen ibu ketika hamil. Sekiranya dibiarkan saja, tumpukan lemak ini akan menghambat edaran peluh, mengakibatkan munculnya gangguan kulit seperti gatal atau bisul. Dalam jangka panjang pertumbuhan rambutnya mungkin terganggu.

INFO: Kebaikan bercukur rambut bayi

Membuang kekotoran

Pada mata kasar, rambut bayi yang sudah dibersihkan dengan syampu bersih. Bagaimanapun ‘kekotoran’ itu masih terlekat di akar rambut yang mungkin tidak kita perasan dengan pandangan mata kasar. Apatah lagi ia berada lama di dalam rahim ibu. Proses kelahiran itu juga dengan sendirinya menjadikan rambut berkenaan kurang bersih.

Biar tak mudah terkena radang

Botak memudahkan ibu untuk mengamati, kalau-kalau ada sesuatu yang tak diharapkan, seperti gatal, bisul, luka dan sebagainya. Cukur rambut menjadi sesuatu yang digalakkan. Bila sudah terjadi jangkitan, misalnya bisul di kepalanya. Untuk mencegah terjadinya jangkitan lebih lanjut dan mempermudah perubatan, sebaiknya kepala anak dalam keadaan ‘bersih’.

'Menyejukkan' kepala

Orang tua-tua selalunya mengingatkan cukur rambut menyejukkan kepalanya, dari segi logik ia nampak jelas. Tetapi menurut sains, bayi-bayi kebetulan tinggal di daerah panas atau suhu udara pada bahagian itu, pasti akan merasa lebih nyaman dengan kepala botak. Kasihan juga bagi bayi yang mempunyai rambut lebat, bila berpeluh, keadaan menjadi bagaikan basah kuyup.

Rambut baru akan tumbuh

Ramai yang ‘sayang’ kepada rambut bayi yang lembut dan halus. Malah ramai yang percaya rambut cantik itu akan hilang begitu saja sekiranya di cukur. Sekiranya diamati, memang tiada perkara di dunia ini yang kekal. Bagaimanapun rambut baru itu tidak mungkin sama rupa dengan asal, kerana ia mempengaruhi genetik ibu bapa. Mungkin kerinting, perang dan sebagainya.

Monday, March 19, 2012

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Alif Afham

Majlis Aqiqah & Cukur Jambul Alif Afham pada 11 Mac 2012 bertempat di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Buaian Berendoi di pentas yang terletak di perkarangan pangsapuri.
Buaian Berendoi tema Biru-Putih



Bunga Telur Teddy Bear yang istimewa untuk para tetamu.

Baby Alif Afham


Kumpulan Marhaban


Majlis Cukur Jambul Nur Alya Balqis

Majlis Cukur Jambul Nur Alya Balqis yang diadakan pada 10 Mac 2012 bertempat di Taman Keramat, Kuala Lumpur.